JP Chin akhirnya dapat lihat lebih dekat Bugatti Divo miliknya di Singapura

10106

Tahun lalu kecoh di media sosial apabila seorang rakyat Malaysia menjadi pemilik pertama Bugatti Divo di rantau Asia Tenggara.

Tidak lama kemudian, empunya hypercar berkongsi satu video di akaun Facebook JPM Collection berkongsi perjalanan pembelian jenama mewah Perancis itu. 

Oleh kerana hypercar itu tiba ketika pandemik dan sempadan negara ditutup, JP Chin tidak dapat berada di Singapura untuk melihat sendiri keretanya.



 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by JPM Collection (@jpm_collectionmy)

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian kami di akaun Instagram JPM Collection, setelah beberapa bulan JP Chin akhirnya dapat melihat Divo miliknya di Wearnes Singapura.

Menerusi video pendek itu juga Chin berpeluang memandu hypercar biru tersebut sekitar perkarangan pusat jualan Wearnes Singapura. Beliau juga turut berkongsi deruman enjin hypercar berkenaan.

Sementara itu menerusi video di Youtube, Chin menjelaskan koleksi kenderaan super mewah miliknya dibeli untuk pelaburan. Justeru itu, beliau sangat terperinci memilih material, warna dan personalisasi lain ketika tempahan agar nilainya tidak terjejas teruk.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Chin Jit Pyng (@jpm_museo)

Selain itu, Chin juga berkongsi bakal menambah koleksi hypercar baharu namun tidak diberitahu model yang ditempah. Beliau hanya memberi petunjuk akan meminang model edisi terhad Bugatti yang diperkenalkan di Pebble Beach, Amerika Syarikat dua tahun lalu.

Petunjuk berkenaan merujuk kepada hypercar Bolide yang merupakan kereta trek paling ekstrem pernah dibina oleh Bugatti.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here