Bos Amazon minta buka jambatan bersejarah, kapal layar nak lalu – penduduk nak baling telur busuk

11851

Kapal layar mega bos Amazon, Jeff Bezo kembali menjadi tajuk utama dan kali ini ia dikaitkan dengan ‘telur busuk’ berbanding reka bentuk mirip tentera laut.

Ini kerana orang terkaya kedua dunia itu mahukan kerajaan Rotterdam membuka sebuah jambatan bersejarah agar kapal layar meganya dapat menuju ke laut lepas. 



Permintaan itu menimbulkan kemarahan penduduk Rotterdam dan mereka merancang mengalu-alukan kedatangan kapal layar mega itu dengan balingan telur busuk.

Sehingga Khamis, lebih 14,000 orang berminat dan 4,000 mengesahkan kehadiran mereka di Facebook pada acara ‘melontar telur ke kapal layar Jeff Bezos’ pada 1 Jun depan.
 
“Panggil semua Rotterdammers, bawa sekotak telur busuk bersama anda dan mari kita baling secara beramai-ramai ke kapal layar besar Jeff apabila ia belayar melalui Hef di Rotterdam,” tulis penganjur Pablo Strörmann di Facebook.
 
Jambatan Koningshaven
Bandar pelabuhan Belanda berkata mereka akan membuka jambatan bersejarah Koningshavenbrug buat sementara waktu kerana kapal layar sepanjang 417 kaki itu tidak dapat melepasi jambatan berkenaan kerana terlalu tinggi. 
 
Kapal layar Bezo bernilai AS500 juta (RM2.09 bilion) yang dibina oleh firma pembuat kapal Oceanco di Alblasserdam, Netherlands meminta bahagian tengah jambatan keluli itu dialihkan bagi memberi ruang kepada kapal tersebut dan akan menanggung kos itu.
 
Selepas mendapat kritikan, Datuk Bandar Rotterdam memberitahu pihak media sehingga kini masih belum ada keputusan akhir bahkan mereka juga masih belum menerima permohonan permit.
 

Jambatan Koningshaven dikenali penduduk tempatan sebagai De Hef yang berusia hampir 100 tahun dan menjadi mercu tanda bandar tersebut. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here