Polis menahan enam pelumba drag dan 120 penonton perlumbaan haram di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Plaza Tol Skudai, Johor.
“Drag racing haram yang diadakan bukan saja membahayakan pengguna lain, malah mereka turut menghalang laluan dengan menutup jalan sesuka hati ketika perlumbaan.
“Hasil pemerhatian polis mendapati perlumbaan drag race haram ini biasanya diadakan pada hujung minggu atau hari biasa tertentu di antara jam 1 hingga 4 pagi.
“Mereka akan berlumba sejauh antara 700 hingga 900 meter selepas dilepaskan gadis litar dari garisan permulaan, bagi menguji kelajuan enjin kereta yang diubah suai.
“Polis percaya perlumbaan drag race haram ini didalangi sindiket dan kita sedang menyiasat setiap aspek bagi memastikan dalang ditahan,” kata Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Semua enam pemandu itu yang berusia di antara 22 hingga 25 tahun akan direman hari ini, bagi disiasat mengikut Seksyen 42 Kanun Keseksaan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan SekSyen 81 akta sama.
Pihak polis memandang serius aktiviti haram tersebut kerana ia membabitkan nyawa pengguna jalan raya lain dan penonton juga akan berdepan dengan tindakan tegas termasuk pendakwaan jika ditahan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar