Honda C70 didatangkan dengan lampu petak ataupun bulat. Model ini sebenarnya semakin sukar ditemui namun suatu ketika dulu kapcai ini begitu dekat di hati rakyat Malaysia.
Motosikal tersebut bukan saja menjadi pilihan anak muda suatu ketika dahulu bahkan semua peringkat usia. Ini kerana kapcai tersebut mampu milik dan tahan lasak. Honda C70 boleh dianggap sebagai ‘evergreen’ buktinya kapcai itu masih digunakan sehingga kini.
@perakpress Pertama kali tengok sejarah ni #cuppetak #cup70 #honda #hondacup #hondacup70 #hondacupmalaysia
Sepertimana perkongsian pemilik C70 ini yang merakamkan detik bersejarah selepas 23 tahun motornya mencatatkan jarak perjalanan sejauh 100,000km.
Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok @perakpress itu menunjukkan selepas meter mencapai angka 99,999, nombor tersebut kembali kepada 00000. Tetapi diketahui siapa pemiliknya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar