McLaren perkenal jentera baharu F1 musim 2022

824

Pasukan Formula Satu (F1), McLaren memperkenalkan jentera baharu mereka bagi saingan musim 2022.

Reka bentuk baharu jentera F1 tersebut didatangkan dengan beberapa penampilan warna baharu yang menyerlah. Ia menampilkan warna jingga serta disulami jalur berwarna biru dan pelekat penaja pasukan. 



Pelancaran yang dianjurkan di Woking, England secara maya itu selepas pemandu Britain, Lando Norris menyambung kontrak baharu dengan McLaren sehingga 2025.

Manakala pemandu utama, Daniel Ricciardo yang bersama mereka sejak dua musim lalu, masih memiliki baki kontrak selama dua tahun lagi dan akan menjalani ujian pada bulan depan.

McLaren menamatkan saingan di tempat keempat bagi kategori pengeluar pada 2021 dengan Norris menduduki tempat keenam kategori Kejuaraan Pemandu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here