SISMA Auto tukar 3S Jaguar Land Rover kepada 3S premium pelbagai jenama mewah di Glenmarie

702

SISMA Auto mengumumkan pembukaan SISMA Auto Hub, pusat 3S premium pelbagai jenama yang baharu di mana pelanggan boleh membeli, menjual atau mendapatkan servis bagi sebarang jenama kereta mewah, di tapak yang dahulunya merupakan pusat 3S Jaguar Land Rover di Glenmarie, Shah Alam.

Ini berikutan langkah yang diambil oleh Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM), usaha sama antara SISMA Auto dan Sime Darby, baru-baru ini untuk menggabungkan operasi runcitnya di Malaysia.

Langkah itu menyaksikan pengambilalihan aset pengedar dan pemindahan kakitangan dari Sime Darby Auto Connexion dan SISMA Auto serta penggabungan operasi runcit ke Ara Damansara, Selangor dan Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.



Walaupun SISMA Auto masih mengekalkan pegangan yang signifikan bagi perniagaan Jaguar Land Rover sebagai rakan niaga di JLRM. Kini ia merancang untuk menggunakan pengalamannya lebih 25 tahun untuk menawarkan pengalaman 3S premium bagi sebarang jenama kereta mewah.

SISMA Auto Hub Glenmarie menampilkan bilik pameran yang memuatkan 14 kereta dan 16 ruangan servis dilengkapi peralatan dan diagnostik terkini.

Pelanggan SISMA Auto Hub boleh:

  • membeli kereta mewah terpakai yang disahkan daripada nama yang dipercayai;
  • menjual kereta mewah terpakai mereka pada harga yang berpatutan, dengan cepat dan telus; dan
  • mendapatkan khidmat servis bagi sebarang jenama kereta mewah yang dibeli dari mana-mana juga dengan mudah.

Selain Jaguar Land Rover (Malaysia) dan SISMA Auto Hub, syarikat itu pada masa ini mengendalikan dua cawangan Volvo. Ia membabitkan bilik pameran di Bukit Bintang, dan Pusat Service and Selekt di Glenmarie.

SISMA Auto menyasarkan untuk terus berkembang bersama jenama Volvo di Malaysia dan memulakan kerja pembinaan pusat kemudahan utama Volvo 3S di Sungai Besi.

Pusat 3S empat tingkat yang mempunyai keluasan 50,000 kaki persegi itu melambangkan kemajuan perniagaan Volvo yang dikendalikan oleh SISMA Auto. Pusat kemudahan SISMA Auto Volvo yang baharu dijangka akan mula beroperasi pada penghujung 2022.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here