Rasmi: Ini harga Honda City Hatchback RS e:HEV, bermula RM107K

1971

Akhirnya, Honda Malaysia mengumumkan harga varian tertinggi Honda City Hatchback RS e:HEV bermula RM107,783.

Berbanding varian lain, harganya sudah diumumkan pada Disember tahun lalu. Klik di sini untuk tahu harga varian lain.

Varian itu adalah model pertama City Hatchback yang dilengkapi dengan teknologi e:HEV, selain dilengkapi kit badan RS, Honda SENSING dan Honda Connect.



Luaran

Tampak sporty dengan kemasan warna hitam berkilat pada gril hadapan, bingkai lampu kabus dan bampar belakang.

Ia juga didatangkan lampu utama dan kabus LED, selain menggunakan rim aloi 16 inci.

Dalaman

Pada papan pemuka, terserlah infortaimen skrin bersaiz lapan yang boleh disambung Apple CarPlay dan Android Auto, selain pada meter kelajuan menggunakan Ciri TFT bersaiz tujuh inci.

Tempat duduk balutan Ultrasuede dengan kemasan jahitan benang merah dan mempunyai corong penyaman udara belakang.

Tempat duduk belakang, kerusinya boleh diubah posisi dengan empat mod sama seperti Honda Jazz sebelum ini. Ia membabitkan mod Utility, Long, Tall atau Refresh.

Prestasi

City Hatchback RS e:HEV dikuasai enjin 1.5L Sports intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) turut dibantu dengan sistem dua motor hibrid dengan menggabungkan transmisi e-CVT.

Kuasa maksimumnya mencecah 109PS dengan tork setinggi 253Nm yang menyamai seperti prestasi kenderaan segmen D.

Honda Sensing

Jentera ini turut mendahului teknologi dengan menjadi yang pertama dalam segmennya apabila dilengkapi Honda LaneWatch, Brek Parkir Elektrik dan Kawalan Penghidup Enjin.

Bagi ciri keselamatannya pula, Honda Sensing yang ada pada City Hatchback RS itu membabitkan:

  1. Adaptive Cruise Control (ACC) 
  2. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  3. Forward Collision Warning (FCW)
  4. Lane Keep Assist System (LKAS)
  5. Road Departure Mitigation (RDM)
  6. Lane Departure Warning (LDW)
  7. Auto High Beam (AHB)

Pilihan Warna

Ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna membabitkan merah, kelabu dan putih.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here