Honda Malaysia dedah 3 strategi yang akan dilakukan pada 2022

2397

Bagi perjalanan 2022 ini, Honda Malaysia merangka beberapa strategi untuk meningkatkan jualan mereka, selain mahu menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggannya.

Ini tiga perkara yang akan dilakukan oleh Honda Malaysia pada tahun ini:

Sasar 80,000 jualan 

Jangkaan jumlah jualan kenderaan (TIV) tahun ini kira-kira 600,000 unit, Honda Malaysia menetapkan sasaran jualan 80,000 unit, ia adalah meningkat 50 peratus berbanding pencapaian tahun lalu.



Momentum jualan 2022 dijangka akan disumbang dua baharunya menerusi City Hatchback dan Civic. Ia juga akan dibantu dengan kehadiran dua model baharu, difahamkan ia akan dilancarkan selepas separuh tahun kedua 2022.

Selain itu, Honda Malaysia masih mengekalkan kedudukan nombor satu untuk pasaran tempatan bagi segmen kenderaan penumpang bukan nasional pada tahun lalu.

Biarpun berdepan situasi pandemik dan gangguan bekalan cip kenderaan peringkat global, Honda Malaysia masih boleh menjual 53,031 unit kenderaan tahun lalu, dengan peratusan perkongsian pasaran sebanyak 10.4 peratus.

Bakal lancar dua model baharu

Biarpun Honda Malaysia tidak memberi apa-apa bayangan terhadap dua model itu. Ia mungkin dibawa masuk dua model baharu yang sudah dilancarkan di negara jiran kita membabitkan HR-V dan BR-V.

Kedua-dua model itu sebenarkan sudah agak lama berada di pasaran Malaysia dan sudah tiba masanya ia diperkenalkan dengan generasi baharu.

Generasi HR-V generasi baharu itu sebenarnya sudah pun masuk untuk pasaran Thailand pada November lalu dengan diperkenalkan dalam versi hibrid berserta varian paling tinggi RS e:HEV, manakala 1.5 VTEC turbo untuk pasaran Indonesia.

Untuk generasi baharu crossover tujuh tempat duduk, Honda BR-V pula dilancarkan di Indonesia pada hujung 2021 yang masih menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC empat-silinder DOHC.

Pada masa sama, Honda Malaysia mahu menfokuskan untuk mengembangkan lagi versi RS e:HEV pada model masa hadapan mereka, berserta teknologi canggih generasi seterusnya, seperti VTEC Turbo, Honda Sensing dan Honda CONNECT.

Honda Certified Used Car

Bagi memberi pilihan lebih baik kepada pelanggan untuk membeli Honda, Honda Malaysia bakal melancarkan perniagaan pemilikan kereta terpakai rasminya, Honda Certified Used Car.

Konsep perniagaannya seperti dengan beberapa pengeluar tempatan yang lain seperti Perodua POV, Toyota Topmark dan BMW Premium Selection.

Selain itu, Honda Malaysia akan mengembangkan lagi servis mobilenya. Pelanggan kini boleh membuat tempatan servis dengan menggunakan aplikasi HondaTouch, jadi mekanik akan ke lokasi yang ditetapkan oleh pelanggan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here