[Video] Insiden menakutkan di ‘drawbridge’, petugas dipecatkan langgar undang-undang keselamatan ditetapkan

19258

Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang mampu memberi manfaat kepada kawasan sekitar, namun kali ini dilihat ia memberi suatu masalah kepada pemilik kereta Honda Accord.

Sepertimana sebuah rakaman video dikongsi, menunjukkan insiden yang menakutkan apabila berlaku di sebuah jambatan angkat di Jambatan Ocean Avenue di Lantana, Florida.



Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut dapat dilihat, seorang penunggang basikal dan sebuah Honda Accordd melintasi jambatan angkat ketika pintu lintasan ditutup.

Semasa penunggang basikal berjaya turun dari jambatan, namun sebaliknya terjadi pada pemilik Accord tersebut apabila terperangkap di atas jambatan berkenaan, keadaan itu agak menakutkan apabila jambatan itu mula naik.

Jambatan itu yang mula naik pada kedudukan 45 darjah, menyebabkan kereta itu menggelongsor dan turut menyebabkan pemandu tersebut menjadi panik. Namun, dia lebih bernasib baik kerana tiada perkara yang diingini berlaku.

Bagaimanapun, selepas siasatan dibuat pengendali jambatan tersebut memberitahu dia tidak melihat kenderaan tersebut ketika kejadian dan dia dipecat kerana melanggar dasar undang-undang keselamatan yang ditetapkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here