Modenas Karisma 125S dijual bermula RM5K – Apakah perincian ciri baharu pada skuter nasional ini?

4814

Selepas menyiarkan ‘teaser’ pada minggu lalu, akhirnya Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan skuter baharunya menerusi Modenas Karisma 125S.

Untuk makluman, Karisma 125 mula diperkenalkan Ogos 2003 sebelum hadir model “facelift” pada 2016. Selepas enam tahun, MODENAS kembali melancarkan model terbaharu Modenas Karisma 125S.

Bagi mengetahui ciri baharu skuter, ini perincikannya:

Prestasi

  • Dilengkapi enjin 4 lejang bersesaran 124.8cc, silinder tunggal yang menepati piawaian Energy Efficient Vehicles (EEV) serta EURO 4.
  • Menyalurkan 9.4hp pada 7,500rpm dan tork 10.0Nm pada 6,000rpm. 
  • Menggunakan sistem suntikan bahan api serta kapasiti tangki bahan api 5.1 liter.

Kosmetik 

  • Tiga pilihan warna ditawarkan membabitkan Mystic Red, Duchess Gold dan Aqua Blue.
  • Reka bentuk luaran serba baharu yang kelihatan futuristik dan sporty yang dipadankan dengan skema warna dan grafik baharu.

Teknologi

  • Pada bahagian hadapan, ia menggunakan lampu LED yang juga didatangkan dengan lampu nyalaan siang atau Daytime Running Lights (DRL).
  • Lampu isyarat hadapan dan belakang LED.
  • Meter yang moden dipadankan dengan tolok aras bahan api digital.

Ciri-ciri Tambahan

  • Menawarkan ruang simpanan 14 liter yang cukup besar di bawah tempat duduk.
  • Mempunyai soket pengecas USB yang dipasang pada bahagian hendal.
  • Modenas Karisma 125S juga dilengkapi dengan dengan lampu kecemasan. 

Harga

  • Harga jualan yang disyorkan RM5,397 tanpa insurans dan cukai jalan. Ia berada di wakil pengedar MODENAS yang sah bermula 26 Februari 2022.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here