Sebastien Vettel juara dunia empat kali, ancam boikot perlumbaan F1 di Rusia

1071

Sebastian Vettel yang merupakan juara dunia sebanyak empat kali menegaskan Grand Prix (GP) Rusia patut dibatalkan dan dia tidak akan berada di sana jika perlumbaan itu diteruskan.

Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine selepas diarahkan Presiden negara berkenaan, Vladimir Putin.



“Saya tidak seharusnya pergi, saya tidak akan pergi. Ia adalah salah untuk berlumba di negara itu.

“Saya simpati dengan nasib orang yang tidak bersalah selepas menjadi mangsa korban kerana alasan yang bodoh,” kata Vettel

Tambahnya dia terkejut dengan apa yang berlaku di Ukraine dan disebabkan itu.

“Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada masa depan, malah keputusan saya adalah muktamad untuk tidak berlumba di Rusia.”

Kebelakangan ini juga, Vettel sebagai pengarah Persatuan Pelumba Grand Prix (GPDA) telah bersifat lantang terhadap sebarang isu sosial dan kemanusian. Justeru, keputusannya ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan terutamanya dalam kalangan peminatnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here