Nampaknya, Suzuki Malaysia tidak sabar-sabar untuk melancarkan motosikal berkapasiti rendah untuk pasaran tempatan selepas kali ini mendedahkan pula harga awal bagi Raider R150 Fi.
Penyambung generasi Belang itu akan dijual bermula RM8,XXX dan menjadi model yang ditunggu-tunggu peminat Suzuki di Malaysia.
Spesifikasi lengkap motosikal itu masih lagi rahsia, tetapi berdasarkan model negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, ia menggunakan enjin satu silinder DOHC suntikan bahan api dengan padanan kotak gear enam kelajuan.
Motosikal itu menyalurkan kuasa 18.2hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm tork pada 8,500rpm dengan berat keseluruhan hanya 109kg.
Baca juga artikel ini:
- Suzuki GSX-S150, segmen naked yang bakal dijual antara RM10K
- Suzuki Malaysia bakal lancar GSX-R 150, harga bermula RM11K
P/S: “Hmmmm… tak sabar nak tengok depan-depan ni. Katanya minggu depan akan dilancarkan. Nantikan pengumuman nanti daripada kami”