Sebelum ini, kami pernah menyiarkan Toyota Hiace menggunakan enjin Nissan GT-R dan menganggap ia satu modifikasi yang sudah luar biasa.
Namun, jika mahu dibandingkan pada Toyota Hiace warna oren ini. Ia adalah satu ciptaan yang lagi luar biasa dan cukup ekstrems.
Mana tidaknya, projek modifikasi Toyota Hiace di Afrika Selatan melakukan sesuatu yang di luar kotak pemikiran biasa apabila memasukkan enjin produksi terbesar dari Toyota.
Enjin itu adalah 1GZ-FE, juga dikenal sebagai unit V12 yang digunakan pada generasi kedua Toyota Century.
Bagi James Redelinghuis, modifikasi itu tidak berhenti sampai di situ apabila mendapati enjin NA 5.0 liter dengan menyalurkan 276hp dengan tork 355Nm kurang output yang dikehendakinya.
Jadi untuk meningkatkan kuasanya, dia memilih untuk menukar beberapa kompnen lain untuk melonjak kuasa sehingga 600hp serta tork mencecah 710Nm.
Uniknya, ia menggunakan transmisi berjujukan tiga kelajuan yang digunakan pada jentera drag di Amerika Syarikat.
Namun, bagi memasukkan enjin itu dia mempunyai masalah lain. Ini kerana enjin itu terlalu besar dan panjang sehingga ruang enjin di bawah tempat duduk hadapan tidak mencukupi.
Jadi untuk menyelesaikan masalah itu, sebahagian ruang tempat duduk belakang terpaksa digunakan dengan melakukan beberapa potongan pada bahagian lantai jentera berkenaan. Untuk tempat duduk pula, ia hanya mempunyai empat kerusi dengan konfigurasi 2+2.
Projeknya itu memakan sekitar lima tahun untuk disiapkan dan sempat ditampilkan dalam beberapa acara di Afrika Selatan.
Namun, dia mengatakan sudah waktunya beralih ke projek seterusnya apabila Toyota Hiace itu dikatakan sudah diiklankan untuk dijual. Difahamkan, harga ditawarkan mencecah kira-kira RM358,498.