10 koleksi kereta Jeff Bezos, pemilik Amazon!

8833

Sebut sahaja nama Jeff Bezos, siapa saja yang tidak mengenali pemilik platform beli-belah dalam talian Amazon dan syarikat penjelajahan angkasa lepas iaitu Blue Origin.

Beliau juga beberapa kali dinobatkan sebagai individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaa AS178 billion (RM 7.4 billion).

Berikut kami kongsikan senarai 10 koleksi kereta Jeff Bezos: 



10. Honda Accord (1997)

Dalam rancangan 60 minutes pada tahun 1999, pengacara mempersoalkan tentang Honda Accord (1997) yang masih dimiliki Jeff Bezos walaupun ketika itu kewangannya sudah kukuh dan boleh memiliki kenderaan lebih bagus. 

Jawapannya ringkas, “kereta itu masih OK tidak perlu ganti baharu.”  Kereta itu juga dibeli menggantikan Chevy Blazer (1987).

9. Koenigsegg CCXR Trevita

Koenigsegg CCXR Trevita ialah salah satu kereta paling mahal dimiliki Bezos yang didatangkan dengan gentian karbon putih. 

Kereta tersebut bernilai AS4.8 juta (RM 20 juta) dan difahamkan hanya tiga unit sahaja dihasilkan dan salah seorang lagi yang memiliki kereta tersebut adalah Floyd Mayweather iaitu peninju profesional asal Amerika Syarikat. 

8. Bugatti Veyron Mansory

Bugatti Veyron bernilai AS3.5 juta (RM14 juta) tersebut menggunakan enjin W16 8.0 liter quad-turbo, yang merupakan salah satu enjin paling berkuasa di dunia dengan kuasa sehingga 1000hp dan mampu mencapai kelajuan maksimun 253kmj.

7. Lamborghini Veneno Roadster

Lamborghini Veneno Roadster dibuat sempena menyambut ulang tahun ke-50 Lamborghini, dan hanya sembilan unit sahaja dihasilkan yang bernilai lebih AS5 juta (RM20 juta).

6. Ferrari Pininfarina Sergio

Bezos juga memiliki Ferrari Pininfarina Sergio yang bernilai lebih AS3 juta (RM12 juta). Supercar ini dinamakan sempena Sergio Pininfarina, iaitu anak kepada pembuat kereta Battista Pininfarina yang meninggal dunia pada 2012.

Model ini hanya dikeluarkan sebanyak enam unit dan pembeli dipilih sendiri oleh Ferrari.  

5. Lykan HyperSport

Lykan HyperSport tersebut hanya dihasilkan tujuh unit di dunia dan dijual pada harga AS3.4 juta (RM14 juta) menjadikannya kereta ketiga termahal di dunia. Ia pernah digunakan dalam filem Fast & Furious 7.

4. Cadillac Escalade

Cadillac Escalade (2020) merupakan kenderaan paling laris di Amerika Syarikat, yang menggunakan enjin V8 dengan kuasa 420hp dan kemudian dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan.

3. Limosin Lincoln

Kereta Lincoln Town adalah kereta mewah yang hadir dengan enam tempat duduk dan digunakan dalam beberapa filem misalnya siri TV Arrow, The Brigade, Lincoln for the Lawyer dan The Bodyguard.

2. Land Rover Range Rover

Land Rover Range Rover (2018) Jeff Bezos ini ditawarkan dengan ciri mewah seperti paparan resolusi tinggi, tempat duduk kulit untuk lima penumpang dan utamanya keupayaan meredah laluan off road.

Dengan Sistem Kawalan Traksi SUV itu mampu meredah permukaan bumi yang lasak dan tork diesel pula menawarkan tundaan sehingga 3499kg.

1. Mercedes-Benz S450

Mercedes-Benz S450 Bezos adalah yang paling murah dalam barisan koleksi kereta Jeff namun menawarkan nilai terbaik. Ia didatangkan dengan kemasan hitam delima bersama ciri teknologi tertinggi.

Dengan transmisi 9-kelajuan, Mercedes-Benz S450 menawarkan perjalanan yang lancar. Anda tidak merasakan peralihan transmisi semasa anda memandu atau mengalami sebarang jerking pada gear seperti sesetengah kereta sport.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here