Suzuki Raider R150 Fi aka Belang sudah lancar di Malaysia, harga bermula RM8,173

2453

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Suzuki Malaysia menunaikan janjinya untuk memperkenalkan model mopednya iaitu Raider R150 Fi.

Yang tidak biasa dengan nama itu, ia sebelum ini dikenali nama Belang yang pernah menjadi jentera idaman di kalangan penunggan di Malaysia.



Kini moped baharu itu dijana enjin 147.3 cc silinder tunggal berupaya menghasilkan 18.2 hp dan daya kilas 13.8 Nm yang mana ia boleh dikatakan paling tinggi dalam segmennya.

Selain itu, ia dipadankan beberapa teknologi yang mampu memastikan pengedaran kuasa lebih lancar dan lebih cekap dan seperti sistem penyuntik bahan api jenis empat lubang.

Ia juga dibantu dengan penderia terbina dalam enjin, injap kemasukan dan ekzos yang lebih besar, serta penggunaan bahan Suzuki Composite Electrochemical Material (SCEM) pada bahagian silinder.

Kini diameter saluran ekzos lebih besar, 31.8 mm berbanding 25.4 mm pada model terdahulu bagi memastikan tindak balas yang lebih optimum untuk sepanjang julat putaran enjin.

Apa yang menarik, Raider R150 ini menggunakan kerangka Suzuki Advanced Twin Spar yang lebih ringan, dengan kebolehgerakan dan kestabilan yang unggul seperti model GSX-R.

Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 4.0 liter sementara ketinggian pelana pula adalah setinggi 765 mm.

Sistem suspensi hadapan adalah jenis fork teleskopik, diikuti lengan ayun dengan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.

Ia menggunakan sistem brek cakera depan dan belakang, sementara rim pula bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 70/90 di depan dan 80/90 di bahagian belakang.

Selain itu, jentera berkenaan dipadankan panel instrumen LCD penuh menyediakan pelbagai informasi yang penting dan mudah untuk dibaca oleh penunggang.

Harga jualan Suzuki Raider R150 Fi bermula dari RM8, 173 (atas jalan tanpa insurans).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here