Aimpro buktikan hanya dengan Perodua Kelisa boleh jelajah 22 buah negara!

2922

Pada akhir 2019, tular kisah impian seorang ayah dan anak keliling dunia hanya menggunakan sebuah Perodua Kelisa.

Kembara Nursulhi Rahim, 43 dan anaknya, Muhammad Aidil, 15 mengunjungi hampir 22 buah negara menggunakan kereta model terhad Kelisa (2004) itu mungkin tidak pernah terlintas di fikiran orang lain.



Nursulhi Rahim atau lebih dikenali sebagai Along memulakan pengembaraan dalam tempoh lebih kurang sebulan. Bahkan, model kompak buatan Perodua itu juga perlu mengharungi negara musim sejuk sehingga mencecah suhu -32 darjah celsius. 

Dari segi cara penjagaan kereta, mereka hanya menjaga perkara asas seperti menukar minyak enjin, menukar pad brek dan lain-lain apabila perlu. Selain itu, pemanduan kelajuan hanya sekitar 80 hingga 100kmj agar tidak membebankan kereta tersebut.

Antara cabaran terbesar ketika dalam perjalanan mereka adalah masalah komunikasi yang mana kebanyakan rakyat negara-negara seperti Myanmar, Pakistan dan Iran tidak fasih berbahasa English. 

Oleh kerana itu, mereka terpaksa menggunakan aplikasi Google Translate untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

Kisah tersebut berjaya membuktikan bahawa kereta tempatan yang berusia kira-kira 18 tahun berkemampuan untuk merentasi benua dan sempadan negara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here