Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menghantar empat orang kakitangan bersama 10 marshal bagi membantu kelancaran perlumbaan MotoGP yang akan berlangsung di litar Mandalika, Lombok, Indonesia.
Berita itu dimuatnaik seorang pengguna Twitter @awiensyahirah yang mana mereka akan berangkat secara berperingkat pada 13 Mac dan 15 Mac ini untuk membantu IndonesianGP pada 18 hingga 20 Mac.
Difahamkan, mereka bertanggungjawab bagi membantu penyelenggaraan para pelumba MotoGP.
Untuk pengetahuan, marshal dari Malaysia sebenarnya tidak asing di litar antarabangsa kerana sebelumnya juga pernah membantu Thailand dan Singapura dalam kejuaraan MotoGP dan Formula Satu (F1).
Pada tahun lalu, para marshal dan staf dari litar Sepang juga membantu litar Mandalika dalam pertandingan Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) dan WSBK Indonesia. Namun berita itu tidak didedahkan atas permintaan pihak Mandalika Grand Prix Association (MGPA).
Sejak pembukaan Litar Mandalika tahun lalu pelbagai spekulasi timbul antaranya pemilik tanah yang masih belum menerima pampasan, perletakan jawatan ketua operasi litar, kekurangan marshal hinggalah masalah tar yang tidak berkualiti.
Dalam persediaan sambutan MotoGP dikhabarkan pihak pengurusan sudah menggantikan permukaan tar baharu dan mendakwa material yang digunakan berkualiti tinggi. Selain itu, pihak MGPA menawarkan tiket serendah rupiah 110,000 (RM32) pada hari pertama.
Pihak SIC telah menghantar 4 orang staff SIC bersama 10 orang marshal dimana mereka akan ✈️ ke Mandalika Circuit secara berperingkat pada harini dan 15 Mac 2022 untuk membantu #IndonesianGP yang akan berlangsung pada 18-20 Mac 2022.
Malaysia 🇲🇾 🤝 Indonesia 🇮🇩 pic.twitter.com/jmvkscX0r2
— Awien Syahirah (@awiensyahirah) March 13, 2022
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar