Sikap penting diri segelintir pemandu sememangnya menyusahkan orang lain. Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah meletakkan kenderaan ditempat yang tidak sepatutnya.
Tindakan itu mengganggu lalu lintas selain menyusahkan pengguna yang melalui kawasan tersebut. Sepertimana kisah yang berlaku di timur China ini apabila sebuah SUV diletakkan di laluan kecemasan.
Situasi itu membuat seorang tukang cuci bengang kerana menghalangnya melakukan rutin pekerjaan dan menyebabkan dia tidak boleh pulang sehingga kerja selesai.
Ini kerana kenderaan itu menghalang laluan masuk ke tempat pelupusan sampah iaitu tempat tukang cuci berkenaan bertugas.
“Dia tidak boleh meninggalkan keretanya di sini. Ia menghalang laluan kecemasan.
“Perbuatannya menyusahkan saya bekerja dan saya tidak boleh pulang selagi kerja tidak siap, tetapi bagaimana jika keretanya terus ditinggalkan di sini?” katanya.
Dia yang cuba untuk menghubungi pemilik kereta namun gagal lalu bertindak meletakkan puluhan tong sampah yang berisi bahan buangan di sekililing kereta tersebut bagi memberikan pengajaran.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar