Perarakan pelumba MotoGP di Jakarta, Marquez nakal lakukan aksi burnout

1333

IndonesianGP bakal berlangsung hujung minggu ini. Setelah 25 tahun penantian akhirnya negara jiran itu dapat menganjurkan perlumbaan MotoGP yang mana kali terakhir di Litar Sentul (1997).

Sempena meraikan peristiwa bersejarah itu, pelumba MotoGP berarak di jalan raya awam Jakarta bermula dari Istana Merdeka hinggalah ke Hotel Bundaran. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Marc Márquez (@marcmarquez93)



Lebih menarik perhatian apabila Marc Marquez melakukan aksi burnout diiringi sorakkan penonton. Bahkan video berkenaan turut dikongsi di akaun Instagram miliknya.

Menerusi video pendek itu Marquez menulis kapsyen “Please no burnouts, no wheelies, 5 minutes later,” (Jangan lakukan burnout dan wheelie, 5 minit kemudian).

Kebarangkalian sebelum perarakan pihak penganjur meminta pelumba tidak melakukan aksi stunt namun Marquez bertindak nakal.

Video asal pemilik akaun Instagram Den Dimas itu menunjukkan ketika pelumba pasukan HRC itu memulas terotel mengejar pelumba lain di depan, dia hampir menerjah penonton dan polis pengiring.

 

Anak emas Honda tersebut juga melakukan aksi skid menghampiri penonton. Selain itu, aksi lain yang mencuri perhatian apabila pelumba Suzuki, Alex Rins dan Joan Mir santai menunggang Gixxer 250 sedangkan pelumba lain menggunakan jentera besar misalnya RC213VS dan Yamaha R1. 

Selain Marquez, Francesco “Pecco” Bagnaia turut melakukan aksi burnout. Tetapi lebih lucu apabila Rins cuba melakukan aksi sama namun tidak berhasil kerana menggunakan sportbike 250cc. 

Difahamkan kesemua pelumba MotoGP akan terbang ke Lombok petang ini sementara Fabio Quartararo, Morbidelli, Vinales serta Aleix Espargaro tidak menyertai perarakan berkenaan kerana sudah tiba di lokasi perlumbaan lebih awal. 

SUMBER FOTO: Iwanbanaran

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here