Lewis Hamilton yang merupakan juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), dilaporkan untung hampir 10 kali ganda selepas menjual Pagani Zonda 760 LH.
Pada awalnya, dia membeli kereta mewah tersebut dengan harga AS1.6 juta (RM9 juta). Namun, diia berjaya meraih keuntungan sehingga AS7 juta (RM39.43 juta) selepas menjual pada harga AS8.5 juta (RM47.88 juta).
Hamilton memiliki Pagani Zonda 760 LH berkenaan selama tujuh tahun dan disimpan di Monaco. Ia dikatakan mempunyai jarak perbatuan sekitar 1,000km ketika dijual dan diimport ke United Kingdom.
Pagani tersebut menggunakan enjin AMG V12 7.3 liter yang mampu menjana kuasa 750hp dan tork 780Nm bersama transmisi manual enam kelajuan. Ia mampu mencapai kelajuan sehingga 349 kmj dan memecut 0-100kmj dalam masa kurang tiga saat.
Menurut sumber majalah Itali, Quattroruote, Hamilton membuat keputusan menjual kereta edisi terhad itu dengan alasan mahu mencuba kereta elektrik pada masa depan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar