Geely Binrui Cool lancar di China pada harga mula RM52k, bakal jadi model Preve?

2140

Geely memperkenalkan sebuah model baharu di pasaran China, dengan penampilan versi yang lebih sporty iaitu Binrui Cool (2022).

Sedan segmen-C itu dijangka dipasarkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini yang menyasarkan pelanggan lebih muda dan bakal dijual pada harga bermula dari yuan 79,800 (RM52,776).



Geely Binrui menggunakan platform yang sama turut akan digunakan oleh Proton untuk membangunkan sedan baharunya bagi menggantikan Proton Preve, iaitu platform B-Segment Modular Architecture (BMA).

Binrui standard dijana oleh enjin 1.4 liter turbo yang menghasilkan kuasa sehingga 141PS dan tork 235Nm manakala Binrui Cool baharu dilengkapi dengan enjin 1.5 liter empat silinder berkuasa 181PS.

Enjin berkenaan masih dipadankan dengan kotak gear klac berkembar automatik 7-DCT, bagi memacu roda depan. Enjin empat silinder baharu ini dilaporkan akan digunakan pada varian baharu Geely Binyue (Proton X50) yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Dari segi reka bentuk, ia dilengkapi dengan gril lebih nipis selari falsafah reka bentuk ‘Racing Storm’, lampu utama LED, gril bawah bampar lebih luas dan ventilator udara vertikal merah pada bampar depan.

Ruangan kabin pula hadir dengan kerusi semi-bucket yang berwarna hitam dan kelabu. Menariknya, terdapat kluster instrumen digital bersaiz 10.25-inci bersambung pada unit infotainmen skrin sentuh. 

Kereta itu dipadankan dengan rim aloi warna hitam bersaiz 17-inci bersama kaliper brek berwarna kuning, ekzos dengan kemasan krom, lencana F pada gril untuk varian sport, dan spoiler atas but belakang.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here