Anda rasa tak perlukan but sedan pada Vios? Perlukan alternatif untuk Honda Jazz? Maka simpanlah dahulu deposit anda kerana Toyota Yaris telah disahkan bakal tiba di Malaysia.
Perkara ini disahkan sendiri oleh UMW Toyota Motor dalam satu acara malam tadi. Versi hatchback untuk Vios itu bakal tiba pada suku kedua tahun ini dan dipasang di kilang baharu Toyota di Bukit Raja, Klang.
Jentera ini pada masa ini telah dijual di Indonesia dan Thailand. Ia menggunakan enjin 1.5-liter 2NRVE yang juga terdapat pada Myvi. Di Indonesia, enjin ini boleh dipadan dengan transmisi manual lima-kelajuan atau CVT. Sama-sama kita harapkan agar UMW juga menawarkan pilihan sama untuk Malaysia.