Merokok dalam kereta, Jerman bakal laksana denda maksimum RM13k

1006

Tabiat merokok semasa memandu bukanlah perkara asing dan jika anda berada di Jerman akan dikenakan denda maksimum sehingga RM 13,925 jika didapati bersalah.

Sebelum ini beberapa negara lain seperti Australia, Kanada dan Perancis menguatkuasakan larangan merokok dalam kederaan persendirian khususnya berhampiran kanak-kanak atau wanita hamil.



Namun lain pula di Jerman yang mana larangan tersebut digunapakai bagi pemandu yang bersendirian. Ini untuk menggalakkan persekitaran bebas asap rokok dan mengurangkan pendedahan orang ramai kepada asap rokok.

Jika ditangkap akan dikenakan tindakan bermula RM2,320 dan boleh mencecah sehingga denda maksimum sebanyak RM 13,925.

Dalam masa setahun, asap rokok membunuh lebih 166,000 kanak-kanak di seluruh dunia, dan menurut Pusat Penyelidikan Kanser Jerman (dkfz), bahaya asap rokok di dalam kenderaan adalah lima kali lebih tinggi daripada luar kenderaan.

Bagaimanapun, undang-undang baharu itu akan dibawa ke Parlimen Persekutuan Jerman untuk diluluskan. Sekiranya mendapat undian majoriti akan dikuatkuasakan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here