Tular aksi Rara tolak hujan di Litar Mandalika, pelumba MotoGP ketawa

4955

Semalam merupakan pusingan GP Indonesia di Litar Mandalika yang sekian lama ditunggu negara jiran berkenaan. 

Sebelum berlangsungnya acara tersebut, Litar Mandika terpalit pelbagai kontroversi bahkan rakyat +62 itu juga menyatakan litar baharu tersebut lebih bagus berbanding Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 



Selain kontroversi tersebut, ada cerita baharu menarik perhatian dunia apabila muncul seorang bomoh wanita di litar melakukan ritual menolak hujan.  

Situasi itu mencuri perhatian pelumba bahkan pengulas perlumbaan menjelaskan tidak pernah melihat penganjur menyediakan bomoh dalam penganjuran MotoGP. Satu perkara yang pasti diingati. 

Selain itu, siaran langsung yang mengarahkan kamera kepada pelumba menunjukkan reaksi mereka yang ketawa kecil. Juara bertahan, Fabio Quartararo turut mengajuk gaya gerakan pawang hujan tersebut.

RARA MULA BERADA DI LITAR MANDALIKA 3 MAC

Siapakah Rara?, nama sebenar bomoh berkenaan adalah Raden Roro Istiati Wulandari dan dia ditugaskan menolak hujan bagi memastikan kelancaran perlumbaan MotoGP. 

Hujan lebat melanda kawasan Kuta, Lombok Tengah ITU bermula pada Jumaat dan Rara sudah berada di pintu masuk utama litar sejak jam 5 pagi.  Dia duduk dalam sebuah khemah putih kecil melakukan ritual tolak hujan.

“Saya sendirian di sini. Sempat akan ada pawang hujan lain, tapi saya menolak. Saya tidak mau. Akhirnya disetujui. Saya mau bantu MotoGP Mandalika demi nama baik Indonesia,” katanya kepada CNNIndonesia.

Wanita adal Papua yang mengaku sebagai penganut kepercayaan kejawen itu sebenarnya sudah berada di Lombok sejak 3 Mac lalu yang bertanggungjawab mengawal proses baik pulih permukaan tar.

MINTA CUACA HUJAN JANGAN BANJIR

Bahkan ketika berlangsungnya acara Moto2, Rara menerima arahan agar memastikan cuaca pada perlumbaan mendung dan tidak terlalu panas.

Ketika dia ingin melakukan ritual berkenaan sekali lagi menerima arahan baru agar cuaca tidak panas, melainkan gerimis.

Tidak lama setelah itu Pengarah Utama Mandalika Grand Prix Association (MGPA) Priandhi Satria menemui Rara melakukan perbincangan. 

“Diminta agar tidak panas, ruam-ruam kuku saja. Hujan, tapi tidak sampai banjir,” katanya yang juga pernah pawang hujan pada Sukan Asia (2018). 

“Orang menyangka pawang hujan cuma buat tangkal hujan. Mereka tidak tahu yang sebenarnya ada pawang hujan kok hujan. Padahal memang permintaannya ya hujan agar tidak panas. Saya sih sudah siap ditertawakan,” ujarnya.

“Untuk hari ini perintahnya tidak hujan, tidak panas, tapi ruam-ruam kuku. Perintahnya itu datang per jam lewat telepon.

“Yang penting saya tidak boleh jauh sekitar dua kilometer dari sirkuit. Kalau saya ke pantai akan panas nanti,” ujarnya.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here