Proton tunda pelancaran model baharu, fokus masalah alat ganti

1189

Proton dijangka akan menjadualkan semula pelancaran model baharu tahun ini bagi mendahulukan permintaan model sedia ada yang tinggi dan menyelesaikan masalah bekalan alat ganti.

The Edge melaporkan analisis kajian Hong Leong Investment Bank (HLIB) menyatakan Proton akan meningkatkan pengeluaran tahun ini bagi menyelesaikan tempahan tertunggak sebanyak 60,000 unit.



Proton kini memiliki bekalan mikrocip yang cukup untuk memenuhi permintaan sedia ada. Pengeluar kenderaan nasional itu difahamkan akan memperkenalkan versi facelift Saga, Proton X90 yang diambil dari model Geely Haoyue dan Proton X70 yang bakal menggunakan enjin 1.5 liter.

Di samping itu, HLIB menjangkakan Proton akan meneroka segmen kenderaan elektrik menjelang 2027 mengambilkira trend pasaran kenderaan tersebut yang semakin meningkat. 

Tahun lalu, Proton menjual sebanyak 114, 708 kenderaan dengan peningkatan 4.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here