Kilang Porsche di Kulim beroperasi, guna 100 peratus pekerja tempatan

3036

Tahun lalu, Porsche mengumumkan akan membuka kilang pemasangan model tempatan (CKD) di Kedah. 

Malaysia juga menjadi negara pertama luar Eropah yang memasang model kereta sport terkemuka jenama Porsche untuk pasaran domestik.



Terkini, Sime Darby dan Porsche AG baru saja merasmikan kilang berkenaan dan majlis perasmian dilakukan oleh Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Sempena perasmian itu, Porsche turut melancarkan model Porsche Cayenne CKD pertama di Malaysia.

Pada acara tersebut, Porsche mendedahkan operasi kilang menggunakan 100 peratus tenaga kerja tempatan yang mendapat latihan intensif dari Porsche, serta kilang pemasangan itu turut disokong rangkaian pembekal dan penyedia perkhidmatan servis setempat.

“Kami berbangga diberi kepercayaan oleh Porsche untuk proses pemasangan kenderaan bagi memenuhi standard tinggi untuk kualiti, prestasi dan pengalaman pemanduan dinamik.

“Kemudahan itu, dikendalikan oleh rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi, bukan sahaja menyokong pertumbuhan perniagaan kami merentasi rantaian nilai automotif di Malaysia, tetapi juga mewujudkan saluran kerja untuk memperkasakan masyarakat setempat.

“Ia bukti perkongsian terjalin dan dipercayai yang dibina lebih sedekad di antara Sime Darby dan Porsche,” kata  Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Group, Datuk Jeffri Salim Davidson.

Selain itu, Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran Porsche AG, Detlev von Platen, berkata jenama itu meraih pencapaian baharu, melancarkan model CKD Cayenne dan memenuhi impian peminat kereta sport di Malaysia.

Tambahnya, strategi pertumbuhan Porsche juga turut menggariskan kepentingan Malaysia sebagai lokasi utama pengembangannya di rantau Asean. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here