Dua tahun lalu Buggati melakukan debut dunia Centodieci edisi terhad sempena meraikan ulang tahun ke-110 syarikat itu.
Buggati hanya menghasilkan 10 unit bahkan masih belum memasuki pengeluaran kesemuanya sudah habis terjual. Salah seorang pembeli hypercar itu adalah Cristiano Ronaldo yang sudahpun memiliki beberapa unit Bugatti.
Pemain bola sepak popular itu mengbelanjakan sejumlah euro 8 juta (RM36.97 juta) untuk memiliki model berkenaan.
Hypercar itu diasaskan dari model Chiron, yang sudah dimiliki oleh Ronaldo. Tetapi ia menerima beberapa kemas kini agar tampil unik.
Bugatti Centodieci bakal menggunakan enjin 8.0 liter W16 yang mampu menghasilkan kuasa 1,578hp dan pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 2.4 saat. Manakala kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik 380kmj.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar