Geely Binyue dilihat di Melaka, bakal jadi Proton X50?

3887

Sebuah prototaip Geely Binyue – yang mana ramai mengatakan akan menjadi Proton X50 – dilihat semalam.

Menurut The Ajerul, prototaip itu dirakam di Melaka dan masih lagi unit pemanduan sebelah kiri (LHD). Ini adalah serupa dengan prototaip Proton X70 dulu yang juga menggunakan versi LHD semasa mula membuat ujian di negara ini.



Menurut sumber lagi, terdapat dua versi yang sedang diuji, iaitu “standard” dan “sport”. Versi sporti itu dilihat menggunakan spoiler lebih tinggi, diffuser, rim unik, ekzos quad dan kluster lampu kabus.

Tetapi bila ia akan dilancarkan dan paling penting, berapa julat harga masih lagi menjadi tanda tanya. Hanya Proton yang boleh menjawab persoalan ini.

Di China, Binyue boleh didapati dengan dua pilihan powertrain. Pertama ialah 1.5-liter yang dibangun bersama Volvo, menghasilkan 174 hp dan 255 Nm, dipadan dengan transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan.

Pilihan kedua ialah unit 1.0-liter yang berkemampuan menghasilkan 134 hp dan 205 Nm tork, dengan transmisi manual enam-kelajuan.

Apa pun, kami pasti Proton akan melancarkan X70 versi CKD dahulu sebelum memperkenalkan crossover segmen-B ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here