McLaren F1 GT milik Sultan Brunei muncul di lapangan terbang Heathrow

34343

Sebelum ini Daily Star melaporkan koleksi kenderaan Sultan Hassanal Bolkiah bernilai pound sterling 4 bilion (RM22.57 bilion) melebihi nilai pasukan bola sepak Manchester United iaitu pound sterling 3.08 bilion (RM17.38 bilion).

Difahamkan baginda memiliki lebih 7,000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia. Terkini, beberapa keping foto McLaren F1 GT berwarna hitam dipindahkan ke dalam sebuah pesawat muncul di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LM (@brunei_car_collection)



Pesawat menerbangkan supercar itu ke lapangan terbang Heathrow, London bagi proses restorasi McLaren F1 GT yang hanya tiga unit di dunia.

Berdasarkan imej yang dikongsi tidak ada kerosakan pada luaran F1 GT. Resolusi imej yang rendah menyukarkan untuk melihat sebarang kerosakan ketara pada badan.

Tambahan, kemasan cat hitam berkilat yang masih cantik dan tidak rosak semasa dalam simpanan. Namun, tidak dapat dipastikan keadaan dalam kabin.  Difahamkan juga model tersebut akan muncul setiap 10 tahun di United Kingdom (UK).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LM (@brunei_car_collection)

Bahkan, ia bukanlah kali pertama Sultan Brunei menghantar salah satu McLaren F1 mereka ke UK untuk diperbaharui.

Pada pertengahan Februari, salah satu model F1 berwarna biru dengan casis #008 dikesan meninggalkan lapangan terbang Heathrow menaiki pesawat ke Brunei.

Peloton25, yang dikenali sebagai pakar McLaren F1 di internet, mendakwa model itu diperbaharui oleh McLaren Special Operations.

Keluarga Diraja Brunei memiliki koleksi McLaren F1 yang paling luar biasa di dunia dan pada satu peringkat pernah mengumpul 10 unit McLaren antaranya F1 LM dan sebuah kereta lumba F1 GTR.

Bagaimanapun, kemungkinan bilangan koleksi McLaren yang dimiliki Sultan Brunei berkurangan menjadi tujuh unit kerana difahamkan beberapa tahun lalu baginda menjual beberapa unit koleksi McLaren.

Imej yang dikongsi itu menunjukkan keluarga diraja tersebut menyimpan dengan baik koleksi kenderaan yang dimiliki. Ada juga berharap beberapa unit F1 lain termasuk dua LM F1 hitam yang terkenal bakal muncul selepas lebih dua dekad disembunyikan daripada publik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here