Harga Bugatti Divo JP Chin meningkat RM1.2 juta

2224

Seperti diketahui JP Chin yang berasal dari Malaysia, merupakan salah seorang yang terpilih untuk memiliki sebuah Buggati Divo, yang dikeluarkan dalam edisi terhad.

Bugatti Divo hanya dikeluarkan 40 unit di dunia dan ditawarkan kepada pemilik yang memiliki Bugatti Chiron. 



Rekaan kereta ini diambil daripada model  Bugatti Type 57SC Atlantic dan kereta konsep Bugatti Vision Gran Turismo. Ia dilengkapi dengan enjin 8.0-liter quad-turbocharged W16 yang menghasilkan kuasa sehingga 1,479hp dan pecutan 0-100kmj dalam tempoh 2.4 saat dengan kelajuan maksimum 380kmj.

Pada hari pelancaran, kesemua unit Bugatti Divo habis dijual pada 24 Ogos 2018 dan salah seorang pemiliknya adalah JP Chin. 

JP Chin menjelaskan koleksi kenderaan super mewah miliknya dibeli untuk pelaburan jangka masa panjang dalam kalangan pengumpul kereta di dunia. Harga dibeli pada 2018 sekitar RM23.8 juta. Kini, nilai keretanya meningkat sebanyak RM1.2 juta.

Justeru itu, beliau sangat terperinci memilih material, warna dan personalisasi lain ketika tempahan agar nilainya tidak terjejas teruk.

Kereta tersebut kini berada di sebuah fasiliti ruang simpanan kereta mewah di Singapura, dan hanya pemilik yang menyimpan kereta memiliki akses ke ruangan tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here