PROTON hadapi suku pertama 2022 yang mencabar, pengurangan jualan 18.6% berbanding 2021

630

PROTON menghadapi suku pertama 2022 yang mencabar apabila jumlah jualan menurun akibat beberapa masalah, seperti vendor tempatan yang terjejas akibat banjir, gangguan logistik dan kekurangan cip.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, tiga bulan pertama 2022 sangat mencabar bagi PROTON dan pelanggan.



Menurutnya, isu pengeluaran yang berterusan menindas potensi sebenar yang mengakibatkan senarai menunggu yang panjang.

“Bekalan alat ganti dan jumlah pengeluaran mula stabil pada Mac, tetapi kami menjangkakan beberapa lagi gangguan dalam beberapa bulan akan datang apabila industri lain meningkatkan pengeluaran mereka.

“Bagaimanapun, sepanjang tahun ini, PROTON masih bermatlamat untuk mencapai sasaran kami dengan kerjasama dari vendor dan pengedar bagi melancarkan rangkaian bekalan untuk menyampaikan kereta kepada pelanggan.

“Kami juga menunjukkan perkembangan dalam menyelesaikan isu selepas jualan dan oleh itu, syarikat yakin boleh pulih dengan kukuh pada suku berikutnya,” katanya.

Jualan Mac naik 41.2 peratus berbanding Februari

Pada Mac lalu,  jualan PROTON terus pulih dengan jualan 13,028 unit (domestik + eksport), peningkatan sebanyak 41.2% berbanding bulan sebelumnya dan bersamaan dengan ramalan pegangan pasaran sebanyak 19%.

Bagi suku pertama, jualan terkumpul dari Januari hingga Mac berada pada 26,706 unit dengan pegangan pasaran terkumpul sebanyak 17.5%, cukup baik untuk menduduki tempat kedua di pasaran walaupun terdapat pengurangan jualan sebanyak 18.6% dan pengecutan 5.7% dalam pegangan pasaran berbanding suku pertama 2021.

Walaupun jumlah jualan untuk Mac turun sebanyak 13% berbanding bulan yang sama pada 2021, PROTON masih mencatatkan beberapa rekod yang patut diberi perhatian.

Proton Saga model segmen A terlaris

Penjualan Proton Saga, model yang terjejas teruk pada bulan Januari, mencecah 6,422 unit pada bulan Mac, pencapaian terbaik sejak bulan November 2013. Ini bukan sahaja menjadikan Saga sebagai peneraju jualan untuk sedan segmen A tetapi juga model segmen-A terlaris secara keseluruhan.

Bagi model lain, Proton X70, Proton X50 dan Proton Exora mengekalkan kedudukan dalam segmen masing- masing dengan jualan 2,320 unit, 1,573 unit dan 536 unit.

Proton Persona dan Iriz pula menduduki tempat ketiga dan keempat dalam segmen masing-masing akibat persaingan sengit dan kekurangan alat ganti yang terus menjejaskan jualan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here