Baru-baru ini tular beberapa imej memaparkan sekumpulan pemilik Honda Civic berkumpul di sebuah terowong Sime Road di Singapura semata-mata ingin merakamkan gambar.
Tindakan penting diri itu mendapat perhatian dan laporan polis dibuat. Polis sedang menyiasat sekurang-kurangya tujuh buah kereta jenis Honda Civic model tahun 1992-1996 yang dilihat diletakkan di sepanjang jalan awam menghala ke Kheam Hock Road.
Bagaimanapun, masa kejadian tidak dapat dikenalpasti, tetapi insiden tersebut dipercayai dirakamkan tengah malam ketika tidak banyak kenderaan melalui jalan tersebut.
Berdasarkan gambar, dapat dilihat mereka bertindak menyusun dan parkir pada salah satu lorong serta dapat dilihat beberapa orang lelaki berswafoto, malah ada antara mereka mendukung anak kecil.
Tindakan itu menimbulkan kemarahan netizen yang boleh mengundang kemalangan dan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar