21 kereta berlanggar di Daytona 500, semua pemandu selamat!

2348

Penuh dengan percikan api dan serpihan berterbangan di udara. Begitulah keadaannya apabila 21 buah kereta berlanggar dan berlonggok sesama sendiri semasa perlumbaan Daytona 500 baru-baru ini.

Kelajuan kereta di perlumbaan NASCAR boleh mencecah sehingga 320 km/j. Sebarang pergerakan sensitif atau sentuhan kecil sesama kereta boleh mengundang malapetaka besar.



Dalam perlanggaran ini, Paul Menard bertanggungjawab mengaku kesalahannya dalam menyebabkan insiden ini. Ketika itu, perlumbaan hanya berbaki 10 pusingan.

Pemandu Wood Brothers Racing itu bersentuh dengan kereta dipandu Matt DiBenedetto menyebabkan keretanya berpusing dan menghentam dinding tepi. Ini menyebabkan reaksi berantai dengan 19 lagi kereta di belakang.

Apa yang menakjubkan, tiada seorang pun yang cedera dari perlanggaran besar-besaran itu.

Bercakap di satu temuramah selepas perlumbaan, Menard berkata, “Saya bertanggungjawab untuk itu”.

“Ia saat genting, saya tertolak kereta 95 (Matt DiBenedetto) dan nampak dia seperti cuba untuk ke tengah, saya cuba ke luar dan tersangkut sedikit padanya.

“Ya ia memang teruk. Saya rosakkan banyak kereta. Saya rasa bersalah.”

Denny Hemlin memenangi perlumbaan itu, kemenangan keduanya di Daytona 500 dalam empat tahun.

Hanya 14 kereta menamatkan perlumbaan 500 batu di Daytona Beach, Florida itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here