Jual RON95, pengusaha stesen minyak akan dikenakan tindakan tegas

1207

Pengusaha stesen minyak yang menjual petrol RON95 kepada kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing akan dikenakan tindakan undang-undang tegas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius isu tular kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dikatakan mengisi petrol menggunakan nozel kuning disyaki RON 95 yang merupakan minyak bersubsidi.



Tindakan tersebut adalah melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974).

Akta itu memperuntuk penalti tidak melebihi RM1 juta atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali terhadap individu manakala perbadanan atau syarikat berdepan denda tidak melebihi RM2 juta.

Menurut Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, sehubungan itu adalah penting bagi pengusaha stesen minyak mengambil langkah proaktif bagi mengekang perkara berkenaan.

Undang-undang itu juga telah dimaklumkan dengan jelas kepada semua pengusaha stesen minyak ketika mereka mahu mendapatkan lesen perniagaan.

“Tindakan hanya kepada pengusaha stesen minyak dan bukannya terhadap pemilik kenderaan, jadi kita minta pengusaha lesen mematuhinya peraturan yang telah dikeluarkan dengan jelas.

“Setakat kes terbaharu ini, KPDNHEP menerima tujuh aduan dan tiga daripadanya dalam siasatan,” katanya.

Selain itu, beliau turut meminta orang awam untuk mengambil bukti bergambar melibatkan warganegara Singapura yang bertindak mengisi minyak petrol jenis RON95 dalam kenderaan mereka beserta butiran lengkap kejadian tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here