Pengimport dan pengedar minyak pelincir, Rex Supreme Sdn Bhd (Stirlings Malaysia) membuka bilik pamerannya di Pulau Pinang baru-baru.
Sempena majlis pembukaan itu, sebanyak 36 Stirlings Platinum Heat 10W-40 4T diserahkan kepada penunggang motosikal.
Minyak pelincir Stirlings dihasilkan di Holland, Belanda dan mereka mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri pelincir.
Stirlings Malaysia pula adalah pengimport dan pengedar pelincir kereta, dan juga peruncitan motosikal import, aksesori, alat ganti dan barangan.
Lokasi perniagaan termasuk di Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor dan bilik pameran utama di Georgetown, Pulau Pinang.