Seorang bakal pengantin bingung dengan kehendak ibunya yang tidak bersetuju bakal suaminya membeli Perodua Myvi selepas berkahwin.
Jelasnya, ibunya meminta pihak lelaki memiliki sebuah kereta sebelum berkahwin. Selepas berbincang dengan tunang akhirnya dia bersetuju untuk membeli sebuah Myvi.
Tetapi lain pula yang terjadi apabila ibunya tidak bersetuju dengan pilihan tersebut kerana menganggap hatchback itu sebagai kereta pelajar.
Buntu dengan situasi itu, gadis berkenaan meminta pandangan orang ramai tentang keputusan tersebut.
Di ruangan komen mendapati ramai yang bersimpati dengan nasib menimpa gadis berkenaan dan ada yang memintanya bersabar.
“Belum kahwin tetapi mak mertua sudah mula campur tangan, kalau aku dah angkat kaki dah. Kahwin bukan untuk setahun dua saja tapi untuk seumur hidup,” tulis Uzairie.
“Kalau gaji ciput, pakai sahaja Axia atau Myvi. Jimat minyak kereta, kalau gaji lebih nak pakai apa pun suka hati mereka asalkan mampu.
“Jangan sebab ikutkan kata mak yang selera tinggi itu, esok lusa makan diri kita. Kereta tak besar tak apa, asalkan nak bergerak senang,” komen Nik Amalina.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar