Melihat kenderaan mewah misalnya Rolls Royce terbiar begitu saja adalah sesuatu yang menyakitkan.
Ini yang terjadi bagi beberapa pemilik di India apabila kenderaan yang pernah menjadi sebahagian masa lalu yang gemilang, tetapi kini hampir mati dengan perlahan.
Rolls Royce Ghost
Rolls Royce berwarna biru milik Mohammad Nisham dari Bengaluru itu terbiar di parkir polis selepas dirampas akibat memandu di bawah pengaruh alkohol.
Dalam percubaan melarikan diri, Nisham mengunci anggota polis wanita di dalam kereta, yang cuba menghalangnya dengan mengambil kunci kereta.
Rolls Royce Phantom
Phantom milik pelakon lama, Leena Maria Paul ini terlibat dalam penipuan bernilai jutaan India core terhadap bank Canara. Rolls Royce tersebut antara kenderaan milik Leena yang dirampas polis dan dibiarkan berhabuk dalam perkarangan parkir pihak berkuasa.
Polis merampas kenderaan itu dari sebuah rumah ladang di Delhi apabila dia ditahan kerana terlibat dalam penipuan. Jika dilihat sebahagian badan Phantom tersebut sudah rosak.
Rolls Royce Silver Spur II
Salah satu kenderaan yang hebat pada 1980-an, Rolls Royce Silver Spur II didatangkan ke India dalam unit terhad dan salah satunya unit yang ditinggalkan ini. Pemilik dan sebab Rolls Royce berkenaan dibiarkan di bahu jalan tidak diketahui.
Rolls Royce Silver Shadow
Satu lagi model Rolls Royce dari era silam, Silver Shadow terkenal dengan rupa yang anggun dari luar. Bagaimanapun, Rolls Royce Silver Shadow berwarna emas ini dalam keadaan teruk dan rosak di Khandala, Maharashtra.
Walaupun butiran pemilik tidak diketahui sepenuhnya, kereta ini terkenal dengan beberapa cerita aktiviti melibatkan paranormal.
Rolls Royce Silver Spirit Mark 3
Dikeluarkan selama empat tahun antara 1993 hingga 1996, Rolls Royce Silver Spirit Mark 3 merupakan kereta paling rare di India.
Sangat malang kereta yang jarang ditemui itu dibiarkan di Andheri, Mumbai. Seperti mana Silver Spur II, pemilik kenderaan mewah itu tidak diketahui.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar