Yamaha sedang uji hendal berkuasa pada motocross

1035

Mencari kestabilan pada kelajuan tinggi, dan membelok yang lebih mudah pada kelajuan rendah- Yamaha mencipta solusi stereng unik yang kini sedang diuji pada dirt bike.

Teknologi berkenaan dinamakan sebagai Sistem Sokongan Stereng EPS Yamaha yang mana tetapan elektromagnet ringan itu berfungsi sebagai peredam stereng aktif dan bantuan stereng kuasa.



Oleh itu, prototaip Sistem Sokongan Stereng Yamaha menggunakan sensor tork, teknologi magnet dan penggerak yang mana peredam stereng memberi manfaat pada input stereng ketika kelajuan tinggi dan rendah.

Syarikat Jepun itu memberitahu sudah menggunakan sistem berkenaan pada motosikal elektrik dan kini mereka ingin melihat kesesuaian teknologi tersebut pada motosikal lain dan dirt bike. 

Pada masa ini, pelumba Australia Jay Wilson sedang menguji sistem berkenaan pada dirt bike Yamaha 250cc dan 450cc. 

Peredam stereng Yamaha mirip dengan sistem Peredam Stereng Elektronik Honda (HESD), dengan tambahan kelebihan peningkatan input stereng daripada bar hendal ke bahagian depan motosikal.

Apabila digabungkan dengan IMU dan perisian termaju, sistem stereng juga boleh beroperasi sebagai aparatus pengimbangan diri dan juga menawarkan pergerakan stereng untuk tunggangan autonomi (parkir).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here