Hanya tunggang EX5, rider ini pusing Semenanjung dalam tempoh 24 jam

2630
Iron Butt Challenge sebenarnya bermula di Amerika Syarikat yang mana mengiktiraf perjalanan tunggangan motor dalam tempoh 24 jam dengan perbatuan minimum 1600km.
 
Baru-baru ini, seorang pemuda bernama Aniq Izzfan melengkapkan cabaran Iron Butt apabila merentas semua negeri di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 24 jam.
 
Lebih luar biasa, dia hanya menggunakan kapcai Honda EX5 untuk melakukan perjalanan sejauh 1,790km tersebut. Mereka yang menyahut cabaran berkenaan majoritinya dalam kalangan rider motor sesaran besar.
 
Berdasarkan perkongsian di Facebook The Solo Rider (Malaysia) dia memulakan perjalanan dari Senawang, Negeri Sembilan pada jam 9.27 malam dan tiba ke lokasi pelepasan pada jam 8.51 malam. Berikut rangkuman perjalanan Aniq:
 
1. Senawang, Negeri Sembilan – Arau , Perlis
2. Arau , Perlis – Bukit Kayu Hitam , Kedah
3. Bukit Kayu Hitam, Kedah – Machang , Kelantan
4. Machang , Kelantan – Jambatan Angkat Kuala Terengganu
5. Angkat Kuala Terengganu – Segamat , Johor
6. Segamat , Johor – Tol Pagoh
7. Tol Pagoh – Senawang , Negeri Sembilan
 
 
Perjalanan selama 23 jam 30 minit itu merangkumi 11 negeri di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan perkongsian, kos minyak sepanjang sehari perjalanan itu adalah sebanyak RM80.
 
Oleh kerana cabaran tersebut dilakukan pada bulan puasa, Aniq hanya menghabiskan RM10 untuk makanan.
 
 
“So kos bawah RM100 dah boleh buat Iba ni cuma lebih elok standby lebih takut apa-apa terjadi sewaktu di tengah jalan,” tulisnya.
 
Sepanjang perjalanan tersebut, Aniq hanya memecut kelajuan antara 90 hingga 110kmj. Berdasarkan tinjauan di akaun Facebook, itu bukanlah perjalanan pertamanya yang mana dia sering melakukan ride jauh secara solo ataupun bersama rakan. 
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here