Perlumbaan penuh aksi di Race 2 Toyota Vios Challenge di Stadium Batu Kawan

2804

Hari kedua dan terakhir bagi Toyota Vios Challenge Pusingan 3 menyaksikan pemanduan memberangsangkan untuk ketiga-tiga kelas perlumbaan. Lebih 10,000 peminat dan penonton hadir menyaksikan perlumbaan di litar 1.56 km di Stadium Batu Kawan itu.

Super Sporting Class



Syafiq Ali dari M7 Racing Team mengepalai sepanjang perlumbaan dengan insiden di selekoh pertama menamatkan Race 2 untuk kategori ini. Dua saat di belakang Syafiq ialah Brendan Paul Anthony dari Team Dream Chaser manakala tempat ketiga ialah Keifli Othman dari Team Nanoplus.

Dengan permulaan baik, Syafiq mendahului di selekoh pertama dan tidak menyedari insiden yang berlaku di belakangnya. Beberapa buah kereta berlanggar di exit selekoh 1.

Brendan yang duduk di luar garisan memasuki selekoh pertama berjaya mengelak insiden itu bersama Keifli.

Jarak antara Brendan dan Syafiq kekal 2 saat sehingga bendera penamat dikibarkan. Untuk Keifli, dia mengalami masalah dari pusingan kelayakan, menyukarkan usahanya dalam Race 2.

Sporting Class

Perlumbaan terbaik hari itu ialah di Sporting Class. Jakson Tan dari Revo Technik Malaysia berjaya memenangi Race 2 selepas mengatasi cabaran dari Kenneth Koh. Tempat ketiga pula ialah Dato’ Ken Foo.

Tan, pelumba ganti pasukannya, membuat gerakan bijak dari kedudukan kedua di grid permulaan untuk terus memimpin perlumbaan 22 pusingan itu dari mula hingga akhir. Di kedudukan pole position mulanya ialah Eddy Tan, namun dia mengalami isu di permulaan perlumbaan, menyebabkannya gugur ke tempat keempat.

Kedudukan lima teratas tidak berubah selama lapan pusingan dengan Jakson di depan, diikuti Wong, Lee, Eric Yong dan Koh. Dalam satu cubaan memotong untuk tempat kedua, Lee tertolak Wong ke dinding, namun perlumbaannya tamat di pusingan 17, juga selepas terlanggar dinding.

Walaupun tamat di tempat kedua, Koh merupakan pemandu terpantas di litar. Dia bermula di kedudukan kesembilan dan gigih untuk meraih tempat kedua itu.

Promotional Class

Aksi utama di Promotional Class adalah semasa persaingan dua kereta antara pelakon Janna Nick dan artis komedi Nabil Ahmad. Di tempat ketiga ialah penyanyi Aiman Tino.

Bermula di petak pertama, Janna Nick terus mengetuai perlumbaan dengan Nabil mengejar rapat selama 18 pusingan. Nabil memotong Janna namun yang mengejutkan, Janna mengejar semula dan merampas kembali tempat pertama beberapa selekoh sebelum bendera penamat.

“Nabil sememangnya lebih pantas dan saya cuba sedaya upaya untuk menghalangnya dari memotong. Namun saya akhirnya beri laluan, cukup-cukup sahaja untuk dia menikmati tempat pertama selama satu pusingan sebelum saya cuba semula untuk memotongnya,” kata Janna yang memenangi perlumbaan pertamanya dalam 14 perlumbaan.

Sementara itu, pemenang Race 1, Diana Danielle terpaksa menghentikan perlumbaan di empat pusingan sebelum tamat selepas dia mengambil selekoh terlalu luas dan terlanggar dinding.

Pusingan keempat dan terakhir Toyota Vios Challenge akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 27-28 April ini.

Keputusan Race 2, Pusingan 3, Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang:

PROMOTIONAL CLASS

  1. Janna Nick
  2. Nabil Ahmad
  3. Aiman Tino
  4. Wany Hasrita
  5. Akio Takeyama 

SPORTING CLASS
1. Jakson Tan (Revo Technik Malaysia)

  1. Kenneth Koh (Panglima City Racing Team)
  2. Dato’ Ken Foo (Kulim Top Wheels)
  3. Eric Yong (ST Wangan Racing Team)
  4. Lim Chun Beng (Team Fokus Tetap)

SUPER SPORTING CLASS

  1. Syafiq Ali (M7 Racing Team)
  2. Brendan Paul Anthony (Dream Chaser)
  3. Keifli Othman (Team Nanoplus)
  4. Kenny Lee (Kegani Racing)
  5. William Ho (Kegani Racing)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here