Pandu uji Toyota, anda bakal menang duit raya sehingga RM200

798

UMW Toyota Motor mengadakan peraduan Pandu Uji dan Menang Duit sempena bulan Ramadan dan Syawal ini sehingga 1 Mei depan.

Peminat Toyota hanya perlu mengunjungi bilik pameran Toyota dan pandu uji mana-mana model sekali gus berpeluang memenangi ‘duit raya’.

Setiap pandu uji yang juga penyertaan peraduan untuk memenangi ‘duit raya’ bernilai RM100 manakala RM200 bagi pandu uji dan tempahan. Seramai 30 pemenang terpilih bakal menerima ‘duit raya’ setiap minggu.



Pada masa sama, Toyota akan meneruskan sambutan Bersama Lebih Bermakna pada 16 dan 17 April ini di semua cawangan Toyota di seluruh negara.

Sementara itu, UMW Toyota Motor merekodkan jualan 22,447 unit pada suku pertama 2022 dan menjangkakan aliran menaik bagi tahun ini.

Sebanyak 8,386 unit Juala Toyota dan 101 unit Lexus, menjadikan jumlah jualan sebanyak 8,487 unit pada Mac berbanding 6,432 unit pada Februari lalu.

Hasil jualan yang positif itu disebabkan promosi pada Mac dengan menawarkan ganjaran seperti manfaat nilai tambah bernilai RM4,000 untuk kenderaan paling laris Toyota seperti Vios dan Yaris.

Pengeluar kenderaan Jepun itu menjangka peningkatan jualan dengan pelancaran produk baharunya yang akan datang pada akhir tahun ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here