Toyota pamer aksi drift AE86, 86 dan GR86 dalam satu iklan…tabik pada pemandu drone!

18526

Drifting begitu sinonim dengan Toyota GR86 mahupun generasi sebelumnya yang mana ia begitu dekat dengan watak anime Initail D.

Ini adalah cara Toyota merayakan sejarah GR86 yang popular menerusi komik dan siri animasi tersebut. Nama 86 itu sendiri dikenali melalui Corolla Sprinter Trueno AE86 yang menjadi pacuan Takumi Fujiwara.



Pada video promosi terbaru, GR86 tampil beraksi duet dengan model atoknya AE86 dan generasi terdahulu.

Video promosi berkenaan menekankan keunggulan “G-R-Hachi-Roku” yang menjadi resepi sempurna untuk drifting baik di trek lumba mahupun selekoh  Gunung Akina di Jepun.

Video iklan berkenaan menunjukkan tiga buah kereta melakukan aksi drift yang meningkatkan adrenalin penonton. Pembuatan video tersebut adalah luar biasa. 

Pembikinan di sebalik tabir menunjukkan bagaimana sebuah drone merakamkan aksi trio berkenaan di selekoh sempit dan memang gempak habis. 

Penggambaran yang dilakukan di Litar Fuji Speedway itu merupakan tugas berat buat pengendali drone kerana agar sukar untuk merakamkan tiga kereta melaju secara mengiring di trek.

Tugas juruterbang drone itu cukup mencabar yang merakamkan aksi jarak dekat dari kiri, kanan, bawah dan atas yang kemudian bergerak masuk ke tingkap pemandu dan keluar di tingkap penumpang.

Seolah-olah drone tersebut melanggar kereta sebelum keluar di cermin dan ini merupakan sebuah aksi gila. Apapun kami tabik pada pemandu drone berkenaan. 

Bagaimanapun, tiada penceritaan dalam iklan 30 saat itu kecuali bunyi enjin dan seretan tayar yang padat dengan aksi. Maksud FR pada tajuk video tersebut adalah mewakili mewakili susun atur ketiga kereta. 

Abjad F bermaksud front enjin (enjin depan) dan R adalah rear wheel (penggerak roda belakang). Ini merupakan resepi sempurna AE86 Trueno, penggemar Initial D pasti tahu.

Toyota GR86 (2022) edisi Amerika  Syarikat ditawarkan pada harga AS27,700 (RM117,849) dengan pilihan enjin 2.4 liter 4-silinder. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here