KWSP lulus, akhirnya keluarga merasa miliki sebuah kereta

1335

Seorang pengguna TikTok Atikah berkongsi hasil wang pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 baru-baru ini digunakan untuk membeli sebuah Perodua Kancil.

Dia dan suami bersyukur dengan kemudahan tersebut akhirnya keluarga mereka mampu memiliki sebuah kenderaan walaupun hanya kancil.

@atikah_la_la_la

rezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊

♬ Tetap Disini – Maulana Ardiansyah



“Niat saya buat tunjuk macam tu bukan saja-saja, kami baru rasa ada kereta sebelum ini kami ada motor pergi sana sini, rezeki anak-anak saya.

“Anak-anakpun rasa happy siap kata daddy nanti hantar akak sekolah naik kereta ye.

“Saya anak dua baru merasa ada kereta, sebelum ini pergi mana-mana naik motor dengan panas-panas, bila anak nak susu terpaksa duduk tepi jalan buat susu dulu,” katanya.

@atikah_la_la_la

rezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊

♬ Tetap Disini – Maulana Ardiansyah

Menjengah ke ruangan komen, netizen terharu membaca kisah berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada keluarga kecil itu kerana akhirnya mampu memiliki kereta sendiri.

“Tengok komen buatkan kita bersyukur. Ada orang, ada kereta tak ada anak. Ada org ada anak, tak ada kereta. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.”

“Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan kejayaan puan dan keluarga, rezeki dapat memiliki kereta, KWSP pun duit titik peluh kerja keras selama ini, jadi, manfaatkan seperti ini baru nampak hasil berpanjangan.”

“Seronok bila tengok wajah anak kecil itu tersenyum lebar, seronok dia dapat naik kereta, tahniah puan.”

@atikah_la_la_la

baru lepas amik anak sekolah muka gembira anak😁

♬ suara asli – Els Warouw🎶 – Els Warouw🎶

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here