Elak trafik sesak, pengguna hanya boleh henti 30 minit di R&R

1248

Warga Indonesia yang ingin pulang ke kampung sempena sambutan perayaan Aidilfitri hanya dibenarkan berhenti selama 30 minit di kawasan Rehat dan Rawat (R&R). 

Tindakan sedemikian dilakukan bagi mengawal jumlah kenderaan yang memasuki kawasan R&R sekali gus mengelakkan kesesakan.



Pengarah Jasa Marga Semarang Batang, Prayudi memohon kepada semua pengguna lebuh raya memanfaatkan masa mereka sebaiknya. 

Katanya, ramai pengguna akan menggunakan lebuh raya semasa musim perayaan Aidilfitri nanti. 

“Laluan masuk ke kawasan itu akan menjadi sehala sahaja, jadi senang untuk kita bagi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengambil masa terlalu lama sebelum meneruskan perjalanan,” katanya. 

Prayudi berkata, pihaknya juga akan menambah bilangan tandas di kawasan R&R bagi mengelakkan orang ramai beratur panjang.

“Kita akan tambah kapasiti 100 tandas jenis A dan 50 tandas jenis B,” katanya. 

Orang ramai dinasihatkan bersedia daripada segi mental, minyak kenderaan, kad elektronik tol dan bekalan makanan sepanjang melakukan perjalanan.  

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here