Elon Musk sebelum ini dijangka akan menjadi trilionaire pertama dunia bahkan individu terkaya itu hanya memiliki jet peribadi tidak seperti billionaire yang lain.
Musk membeli sebuah jet peribadi Gulfstream G650ER pada 2016 yang mana beliau turut memiliki Dassault Falcon 900B pada 2004.
Mogul Amazon, Jeff Bezos dan bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo turut memiliki Gulfstream G650ER.
Dalam temu bual bersama Chris Anderson pada Persidangan TED April lalu, Musk berkata dia tidak membelanjakan berbilion dolar setahun untuk kegunaan peribadi bagaimanapun jet itu adalah pengecualian daripada gaya hidupnya yang berjimat cermat.
Musk menambah beliau tidak memiliki rumah, kapal layar, atau pergi bercuti.
“Maksud saya, satu pengecualian ialah pesawat, jika saya tidak menggunakan jet peribadi masa untuk bekerja sangat sedikit,” katanya dalam temu bual itu.
HABISKAN RM3 JUTA 250 PENERBANGAN
Jet peribadi dengan nombor N628TS milik Musk itu kali terakhir dilihat di Austin, Texas pada 15 April berdasarkan aplikasi menjejaki pesawat yang dibangunkan oleh seorang remaja di Twitter.
Harga pesawat peribadi yang bernilai bermula dari AS66.5 juta (RM290 juta) itu melibatkan kos operasi jutaan dolar.
Untuk 2018 sahaja Musk membelanjakan kos operasi AS700,000 (RM3 juta) yang melibatkan penerbangan mengelilingi Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Tahun itu jet peribadi miliknya melakukan 250 penerbangan dengan perjalanan lebih 241,401km.
Pemilik jet peribadi perlu melaburkan jutaan dolar bagi kos operasi yang mana sejam penerbangan G650ER berharga sekitar AS 3,662 (RM15,953).
Selain urusan kerja, Musk dan keluarga turut menaiki pesawat itu untuk ‘percutian rekreasi’ selain membawanya sekitar kawasan Los Angeles ketika menziarahi lima rumah agam miliknya.
RUANGAN DALAM GULFSTREAM
Bagaimanakah susun atur kokpit jet sepanjang 99 kaki itu. Bentangan tipikal Gulfstream biasanya meletakkan ruangan saji dan empat ruang tamu di depan.
Berdasarkan jelajah virtual di laman web syarikat Gulfstream, ruangan saji didatangkan dengan dua tempat simpanan, ketuhar dan ketuhar gelombang mikro serta skrin sentuh yang mengawal beberapa bahagian pesawat yang terletak di dinding depan.
Syarikat penerbangan itu menawarkan empat pilihan susun atur kokpit dengan kapasiti 13, 15 atau 16 penumpang serta enam atau tujuh tempat tidur.
Temput duduk menerima balutan kulit pudar yang berbeza dan perabot kayu. Pesawat itu mempunyai 16 tingkap yang menurut Gulfstream adalah yang terbesar dalam penerbangan.