Putera Arab Saudi beli kapal layar mega Serena, pemilik asal oligarki Rusia terus ‘ditendang’ keluar

42128

Kapal layar, Serene yang bernilai AS400 juta (RM1.7 bilion) dimiliki oleh oligarki Rusia Yuri Shefler, kemudian dibeli oleh putera Mohammed bin Salman dan pernah disewa oleh Bill Gates.

Menurut Forbes, Serene adalah kapal layar pertama yang dibina oleh gudang kapal Fincantieri Itali dan pernah tersenarai antara tiga kapal layar terbesar dunia.



Dengan panjang 439 kaki, Serena berada di belakang kapal layar Eclipse Roman Abramovich sepanjang 550 kaki dan Ocean Victory (459 kaki) milik taikun keluli, Viktor Rashikov.

Jom lihat dengan lebih dekat pesona kapal layar Serene dan bagaimana ia memikat putera Arab Saudi itu. Serene mungkin bukan kapal layar terbesar di dunia.

Bagaimanapun daripada segi tawaran kemudahan dan ciri menarik, Serena sukar dikalahkan.

Dengan rasuk besar 60 kaki, kapal itu mempunyai tujuh dek dan ruang kabin berkeluasan 4,500 meter persegi yang direka Pascale Reymond dari Reymond Langton Design.

Dibina pada 2011, badan Serena diperbuat daripada keluli dan struktur atas aluminium. Kepelbagaian kemudahan dan kemewahan yang ditawarkan membuatkannya menarik perhatian orang terkaya di dunia.

Serene dilengkapi dengan kolam air laut gergasi dan jika itu tidak mencukupi, salah satu daripada dua helipad yang ditawarkan boleh diubah menjadi kolam air atau lantai tari.

Bilik utama pemilik didatangkan dengan kabin berkembar yang gah dilengkapi kolam renang persendirian dan lif peribadi. Di samping itu, 12 kabin elegan menempatkan 24 tetamu yang juga boleh menaiki kapal selam untuk meneroka dunia bawah laut.

Di dalam kabin, banyak aktiviti yang boleh dilakukan bermula daripada bilik salji, beberapa bilik permainan kanak-kanak, dinding memanjat di antara dek gelunsur, dan bilik tontonan bawah air yang menarik.

Selain itu, turut tersedia pawagam, spa, gim, bilik dan bar piano serta dua jakuzi. Kapal layar yang mempunyai segala-galanya tidak akan lengkap tanpa koleksi bot dan mainan yang lengkap.

Tidak hairanlah walaupun salah seorang lelaki terkaya di dunia, Bill Gates, tidak dapat menahan daya tarikan Serena dan menyewa kapal layar tersebut dengan anggaran AS5 juta (RM21 juta) setiap minggu pada 2014.

Keluarga itu menikmati percutian seminggu di atas Serena tidak jauh dari pantai Porto Cervo , Sardinia.

Bercakap tentang pesona Serena, putera Arab yang terpikat dengan kehebatan kapal layar berkenaan terus menendang keluar jutawan Rusia sebaik membelinya.

Semasa bercuti di selatan Perancis, Mohammed meningkatkan makna membeli-belah selepas melihat kapal mewah itu dan langsung tidak membuang masa untuk memilikinya. 

Menurut New York Times, beliau menghantar pembantu untuk membeli kapal itu, dan perjanjian itu sepatutnya dilakukan dalam beberapa jam yang mana Yuri Shefler berpindah keluar dari kapal layar pada hari yang sama.

Ahli perniagaan jutawan Yuri Shefler ialah pemilik Kumpulan SPI, sebuah konsortium antarabangsa yang menjual alkohol di 160 negara, terutamanya jenama vodka Stolichnaya dengan nilai kekayaan AS 1.5 bilion (RM6.5 bilion). 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here