Traktor unicorn bukan saja dilengkapi subwufer luar bahkan lakukan aksi ‘donut’

2083

Di Thailand, budaya kustom dan restorasi kenderaan kadang kala agak berlebihan dengan penggunaan warna cerah, sentuhan unik, stereo besar dan sudah tentu kuasa tambahan.

Pengubahsuaian itu bukan terhad pada kereta bahkan kenderaan dalam sektor pertanian. Seperti yang dilakukan oleh pemilik ini yang dikongsi oleh Youtube CB Media. 



Segala naiktaraf pada traktor menanam padi itu dilakukan menggunakan tangan bermula dari frem hinggalah ke kabin.

Ia boleh bergerak ke depan dan belakang secara berasingan bahkan melakukan pusingan 360 darjah.  Lebih menarik, traktok itu boleh melakukan aksi ‘donut’ dan radius pusingan yang kecil memudahkan pergerakkan membelok di hujung sawah padi.

Dikuasakan enjin Isuzu D-Max 1.9 liter diesel, pemilik menambah turbo bagi mendapatkan kuasa 200hp. Tork maksimum 406Nm adalah penting ketika operasi membajak sawah padi. 

Selain mekanikal, penampilan traktor itu mencuri perhatian dengan pemilihan warna merah pada puli dan kaki, aksesori enjin berwarna merah jambu dan grafik unikorn di cermin sisi. 

Malah terdapat stereo besar dengan pembesar suara dan subwufer bukan sahaja di dalam, tetapi di luar kabin supaya petani sekitar boleh menikmati lagu.

Bagaimanapun, dengan perubahan ceria kenderaan itu masih melaksanakan tugas dengan sempurna (terima kasih kepada kuasa tambahan) dengan peralatan terbina dalam untuk menabur beras dan baja.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here