Produk dari TVS model XL 100 2022 telah dilancarkan baru-baru ini di Indonesia.
Rancak sungguh pasaran motosikal di negara jiran.Apa mungkin versi ini dibawa masuk ke negara kita?
Pastinya ramai beranggapan TVS model XL100 2022 hanya sesuai bagi golongan veteran untuk berulang alik ke masjid atau ke pasar.
Yang jelas tampak keserasiannya bagi kegunaan bandar.
Sebuah motosikal ‘UNIK’ rekaannya, dibekalkan dengan enjin 99.7cc ,silinder tunggal(single cyclinder),Penyejuk Udara,Injection.
Sistem transmisi Automatik. Kuasa yang mampu dikeluarkan adalah 4.4ps pada 6,00rpm dengan tork 6.5Nm@3,500rpm.
Model ini terdapat dua cara untuk menghidupkan enjin iaitu Sistem Eletrik atau secara manual menggunakan kaki(Kick Starter).
Sistem brek dengan teknoloji Synchronized Braking Technology(SBT) serta masih menggunakan dram didepan dan belakang.
Handlebar yang tampak ergonomik di padankan dengan lampu LED DRL.
Pelana(Kusyen) yang selesa bagi penunggang sementara pelana belakang boleh ditanggalkan.
Model ini di hidangkan dalam dua warna iaitu Hitam dan Coklat. Bukan setakat warna malah harga juga berbeza berdasarkan komponennya.
Difahamkan TVS versi XL100 2022 warna coklat punyai kelebihan yang tampak ekslusif.
Antaranya cermin pandang belakang ‘Retro’,kusyen dwi warna,ekzos dengan penutup krom dan pengecas telefon bimbit.
Motosikal ini juga dilengkapi dengan Sensor Roll Over.
Sistem ini dianggap menarik kerana enjin akan mati secara automatik selepas 3 saat sewaktu berhenti.
Tanpa mengira ke arah mana hendalbar samada kiri atau kanan.
Penawaran harga bagi model ini di pasaran Indonesia adalah Rp. 13,900,000(RM 4,154,63) bagi model warna hitam.Sementara model warna coklat harganya Rp. 14,390,000(RM 4,301,09)