Mforce Bike lancar QJ Motor SRK600, harga RM35k

1929

MForce Bike Holdings, pengedar rasmi jenama QJMotor di Malaysia rasmi memperkenalkan  SRK600 ke pasaran tempatan pada harga RM35,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

QJMotor didatangkan dengan dua warna iaitu Flaming Red dan Pearl White. Jentera itu dijana oleh enjin 600cc 4-silinder sebaris, DOHC yang mampu menghasilkan kuasa 80.5hp @ 11,000rpm dan tork maksimum 55Nm @ 8,000rpm.

Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan bersama Klac Assist dan Slipper. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi teleskopik terbalik Marzocchi (depan) dan lengan ayun KYB (belakang).



Motosikal jenama China itu memilih dwi cakera 320mm di depan dan cakera tunggal 260mm di belakang. Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dipadankan pada kedua-dua tayar bagi memberi keyakinan memperlahankan dan menghentikan motor.

Penggunaakn casis jenis trelis bukan saja meningkatkan prestasi tunggangan bahkan menjadikan motor lebih ringan.

Motosikal naked itu memiliki reka bentuk moden dan sporty dan turut mempunyai ciri-ciri yang terkini antaranya sistem pintar tanpa kunci yang boleh digunakan dalam jarak tiga meter.

Panel paparan pemuka menggunakan jenis TFT bersaiz 5-inci yang mana penunggang boleh memilih mod Day, Night dan Auto. 

QJMotor SRK600 menggunakan lampu LED penuh. Motosikal denga berat 229kg itu memiliki panjang 2,140mm, lebar (790mm), tinggi (1,080mm) dan jarak kelegaan tanah 150mm.

Manakal, saiz tangki minyak 15 liter menawarkan tunggangan jauh tanpa perlu kerap mengisi bahan api.

QJMotor SRK600 boleh didapati pengedar sah MForce seluruh negara bermula pertengahan Jun depan dan diberikan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (yang mana tiba dahulu). 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here