Selepas Thailand dan Indonesia, Honda HR-V generasi baharu dijangka dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Apa yang dimaklumkan oleh Honda Malaysia, mereka akan membawa masuk dua model baharu untuk pasaran tempatan dan satu daripada adalah HR-V.
Jadi apa perbezaan dimensi HR-V baharu dan lama, dalam artikel ini kami buat perbandingannya:
Honda HR-V Semasa | Honda HR-V Serba Baharu | Perbezaan | |
Panjang | 4,346mm | 4,385mm | +39mm |
Lebar | 1,790mm | 1,790mm | Tiada perubahan |
Tinggi | 1,605mm | 1,590mm | -15mm |
Jarak Roda | 2,610mm | 2,610mm | Tiada perubahan |
Berdasarkan kepada angka itu, Honda HR-V generasi baharu tampak lebih panjang dan rendah berbanding model semasa.
Jika jarak rodanya sama, mungkin kelegaan ruang kaki untuk penumpang tidak mempunyai perbezaan berbanding model semasa. Namun, jika ada perubahan dari segi reka bentuk atau posisi kerusi, ia mungkin memberi kesan kelegaan pada ruang kaki penumpang.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar